Wednesday, October 21, 2009

Minat berniaga???


Ramai yang bertanya, kenapa saya hanya buat moist choc cake? kenapa tak di pelbagaikan produk??

Jawapannya, mudah saja, kekangan masa... saya bukanlah pembuat kek sepenuh masa. ;-) membuat dan menjual supermoist choc cake ini hanyalah hobi sambilan sahaja. selain daripada membuat dan menjual kek-kek ini, saya mempunyai kerjaya tetap yang memerlukan komitmen 8 jam sehari...

Apapun, berniaga memang minat saya dari dulu...mungkin turun daripada datuk sebelah ibu??? Allahua'lam... memandangkan saya berniaga untuk suka-suka....jadi, bukan keuntungan besar yang saya kejar. paling penting...own stisfaction. rasa puas hati bila apa yang kita hasilkan menjadi...rasa puas hati bila apa yang kita hasilkan boleh dikongsikan dengan orang lain & paling penting bila orang lain pun suka dengan apa yang kita hasilkan.

Banyak pendapat yang saya dengar, production level ialah satu cabang perniagaan yang agak ketinggalan...kerja banyak, untung tak besar. lebih baik jadi orang tengah... makan untung atas angin, kerja pun lebih mudah. bagi saya, pendapat tersebut memang ada benarnya. tapi, apa pun terpulang pada individu itu sendiri. macam saya, saya memang suka berada di level 'pengeluar'. saya puas hati bila saya sendiri yang membuat produk tersebut, menjual dan memasarkannya. saya lebih yakin dan lebih confident untuk market sesuatu produk yang kita tahu 'sejarah asal usulnya'. ada juga saya cuba pasarkan produk-produk lain.... tapi, mungkin tak serasi dengan diri saya... oleh sebab itu, tak berapa menampakkan hasil.. :( tapi, ini tak bermakna produk orang lain itu tak bagus... cumanya, mungkin kurang serasi dengan cara saya... apapun, saya tetap mencuba untuk menjadi pengedar beberapa barangan direct selling, yang saya sendiri gunakan dan yakin akan keberkesanannya...

Bercerita tentang pengalaman berniaga, dah bermacam-macam perniagaan saya pernah cuba.... samada secara solo... atau bersama-sama dengan suami. ada yang ok, ada yang ko. Apa yang penting, daripada semua pengalaman tersebut, saya dan suami memang sekepala. kami berdua memang masing-masing amat suka dengan bisnes yang sempoi...yang tak banyak protokol & bukan bertaraf korporat... :) tapi, memandangkan kami berdua hanya menjadikan berniaga ini sebagai aktiviti sampingan, maka.. peluang & masa kami untuk mengembangkan minat kami ini amat-amat terbatas. Apapun, kami percaya rezeki Allah itu luas....

Sepanjang pengalaman, ramai yang saya temui menyatakan minat mereka untuk berniaga, tapi dihimpit dengan 1001 halangan. antara halangan-halangan yang biasa disuarakan seperti; tiada modal, tiada masa, malu, kurang keyakinan diri, tak tahu apa nak jual, tak tahu macamana nak jual...dan bermacam-macam lagi alasan yang dijadikan penyebab untuk menyekat keinginan mereka. Pada saya, di mana ada keinginan, di situ ada jalan. Dan halangan terbesar yang perlu dilepasi untuk mencapai kejayaan ialah diri kita sendiri... Berniaga secara kecil-kecilan tidak memerlukan modal yang besar.

Sebagai contoh, kami di supermoistchoccake sememangnya amat-amat menggalakkan mereka yang ingin menjadi pengedar frozen moist choc cake kami dengan modal serendah RM150.00 sahaja. Dengan modal serendah ini, kami di supermoistchoccake amat yakin bahawa ianya mampu dimulakan, dan InsyaAllah, boleh dikembangkan.

Apa yang penting anda mempunyai keinginan dan azam untuk berjaya. Berbekal usaha, disiplin dan tawakkal kepada Tuhan, teruskanlah langkah anda untuk merealisasikan keinginan dan azam anda itu....

Akhir kata... bagi yang minat berniaga, tapi tiada masa untuk menjadi pengeluar... ;), apa kata mulakan langkah pertama anda dalam bidang perniagaan ini dengan menjadi pengedar moist choc cake di supermoistchoccake. Hubungi saya segera.....Pn Darina @ 019-7596768. Sesungguhnya 9/10 daripada rezeki itu datangnya daripada berniaga...

Wassalam & SELAMAT MAJU JAYA DARIPADA KAMI DI SUPERMOISTCHOCCAKE...



Monday, October 19, 2009

Yesterday & Today



Semalam...hari yang busy... Hari ini hari yang lazy.... ;)

Semalam...agak sibuk menyiapkan kek-kek terbaru...


Just for sharing...


The upper & below : pre baking...



Cup kertas ni, tak ada penutup. So...amat sesuai untuk open house. Open house di penghujung Syawal.... the cupcakes will bring a lot of difference. Lebih meriah & berseri, for sure... ;-)

Dan...tak lengkap rasanya kalau tak buat sekali untuk family tercinta...

Below.. untuk stok sendiri.. hehe



antara sebab kenapa saya suka sangat buat supermoist choc cake ni ialah kerana my children love the taste very-very much.... lagipun...it's easy to keep & to eat...tahan lama... & for emergency back up, in case kalau ada tetamu yang tiba-tiba bertandang... my cake is always ready to be served. Yummmyyyyy!!!

Oklah, now saya nak share couple of the post-baked pics....




and, another one..........







Saturday, October 17, 2009

Antara contoh-contoh nya...

Lepas baca 2 posts yg lepas, kali ni saya nak share secara visual pulak antara contoh-contoh bekas yang biasa digunakan di supermoistchoccake...

Selain bentuk-bentuk di bawah... pelanggan juga boleh memilih berjenis-jenis lagi bentuk lain yang terdapat di supermoistchoccake...


1. The most popular...

....berpenutup & handy...

mudah dimakan

Amat sesuai untuk bekal semasa travel & juga untuk sejukbeku (frozen)


















2. Normal cup...


Yang ni paper cup biasa...


sesuai untuk dimakan segera, atau hidangan semasa majlis jamuan, parti, office meeting dan sebagainya.






Gambar di bawah, sama seperti di atas, kecuali saiznya lebih besar sedikit..







3. Segiempat...








Friday, October 16, 2009

Lagi Bentuk-bentuk Pilihan



2. Saiz-saiz lain...

...6", 8", 10", 12".....
Berbentuk bulat, segiempat, segitiga, 'love'....

Harga bermula dari RM12.00 sebiji (dengan topping & hiasan asas)

Nak hiasan & icing tambahan?
...Harga tambahan bermula dari RM3.00 dikenakan untuk tambahan icing dan hiasan.

Thursday, October 15, 2009

Kepelbagaian Saiz dan Corak



Walaupun di supermoistchoccake kami memberikan lebih peluang kepada pelanggan untuk memilih bentuk dan saiz kek, namun kami tetap menyediakan contoh-contoh asas kek yang biasa disediakan. Berikut adalah antara yang paling popular dan mendapat permintaan yang amat menggalakkan....






1. Cup cakes... (the most popular demand)

...sesuai untuk majlis-majlis keraian dan juga sesuai untuk bekalan semasa dalam perjalanan. dimakan semasa santai atau menjadi hidangan kepada tetamu-tetamu yang datang bertandang.

Bentuknya yang kecil & berpenutup, amat sesuai untuk di bawa ke mana-mana. Di sediakan dengan topping asas.

Sekiranya disimpan secara sejukbeku, hanya perlu dinyakbeku dan terus dimakan. Sekiranya anda inginkan hidangan panas, masukkan kek (beserta bekas) untuk dikukus sebentar dan kemudian...TERUS dimakan...

Pengenalan



Assalamualaikum & salam sejahtera;

Bermula dengan minat dan suka-suka, pengasas supermoistchoccake akhirnya mengembangkan hobinya untuk dikongsikan bersama penggemar-penggemar kek coklat seluruh negara. Atas permintaan yang amat menggalakkan, kami di supermoistchoccake berharap perkongsian ini dapat memberikan kepuasan dan manfaat kepada semua.

Di supermoistchoccake, kek-kek kami diadun dan dibuat di rumah. Terjamin kualiti & keasliannya. Bersih, halal & bermutu.. Kek-kek kami sesuai untuk dimakan segera, dalam keadaan masih panas atau sejuk. Juga tahan lama dan sesuai untuk disejukbekukan. kek-kek yang disejukbekukan tahan sehingga 3 bulan tanpa mengubah rupa dan rasanya.

Di supermoistchoccake, kami menyediakan & membuat kek-kek coklat lembap dalam pelbagai saiz & bentuk sesuai dengan citarasa, majlis & keperluan anda.

Kek-kek kami, amat sesuai untuk sebarang majlis, samada majlis hari lahir, majlis ulangtahun, hantaran, majlis-majlis rasmi, hari-hari istimewa dan banyak lagi…. memandangkan kek-kek kami terdapat dalam perlbagai bentuk dan bekas, maka ianya amat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja & amat mudah di makan...