Tuesday, January 5, 2010

SUPERMOISTCHOCCAKE kini KEMBALI!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera;

wah! Agak lama tak update blog ni. bukan apa...sibuk yang amat-amat sangat... akhir bulan November, saya dan keluarga telah 'selamat' pindah ke seremban, negeri sembilan. negeri kelahiran tumpah darah. ^^. (selamat tinggal melaka negeri bersejarah......)

Mujurlah bulan disember tu cuti sekolah, so, anak-anak semua cuti sekolah, at least tak lah terkejar-kejar menghantar dan menjemput mereka pergi dan pulang dari sekolah... bagaimanapun, agak kekok rasanya memulakan tugas baru (yang lama) di tempat baru (yang lama).. T_T . Apa pun, pilihan telah di buat, langkah telah di ambil...hidup mesti diteruskan. semoga pilihan saya utk bertukar profession kali ini tidak silap.

Semalam, hari pertama persekolahan. tahun ini ketiga-tiga anak saya telah bersekolah. Yang sulong ke tingkatan 1, yang ke dua di Tahun 5 dan yang bongsu di Tahun 1... belanja persediaan persekolahan termasuk segala macam yuran... MasyaAllah... rasa mcm nk buat loan PTPTN.. :( Hari pertama menghantar anak ke sekolah di tahun 2010 di mulai pada jam 6.45 pg dan disambut dengan deretan kereta yang berpusu-pusu di jalan raya seawal di persimpangan rumah.. (time2 mcm ni, terasa amat rindu dengan pengalaman menghantar anak2 ke sekolah semasa tinggal di Melaka...jalannya amat smooth dan tidak langsung jem...malah hanya mengambil masa 5 minit pergi dan balik!!! [ utk jarak yang lebih kurang sama dgn kediaman skrg ] ).

Anak saya yang bongsu nyata tidak ada masalah di sekolahnya, amat gembira bertemu dengan teman-teman baru... Alhamdulillah. Anak yang kedua juga amat gembira kerana dapat kembali kesekolah lamanya & berkawan semula dgn kawan2 lama(dia pernah bersekolah di sekolah yg sama sblm kami sekeluarga berpindah ke Melaka). Dan anak saya yang sulong pulak, komplen yang sekolahnya besar sangat dan dia selalu tersesat... LOL.

Berbalik pada cerita supermoistchoccake.. hampir sebulan lebih saya terpaksa 'menangguhkan' perniagaan... Banyak panggilan & email yang bertanya bila boleh buat tempahan...tapi saya mintak maaf banyak2 kerana masa tu saya belom dapat memberikan satu tarikh yang pasti (apa pon, terima kasih banyak2 atas sokongan anda semua!!!). walaupun pengumuman asal menyebut penangguhan hanyalah sehingga 10/12/2009, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan penangguhan tersebut terpaksa dilanjutkan. Maaf kerana tak sempat update info... sebab kawasan rumah skg tidak ada liputan maxis broadband, maka peluang utk melayari internet amat limited.

NAMUN BEGITU; kini SUPERMOISTCHOCCAKE telah KEMBALI dan sedia menerima TEMPAHAN.... ;)
SELAMAT TAHUN BARU 2010 & SELAMAT MENJAMU SELERA DENGAN SUPERMOISTCHOCCAKE....

No comments:

Post a Comment