Thursday, January 7, 2010

CKHT hanya untuk 5 tahun..

Sedikit fakta untuk dikongsi...


TERTARIK saya untuk berkongsi maklumat di bawah apabila semalam saya telah didatangi oleh clients yang ingin melakukan urusan jual beli bagi satu hartanah dan bertanya segala macam soalan termasuk soalan berkenaan dengan 'kedudukan terkini' status pembayaran cukai keuntungan harta tanah (CKHT) di Malaysia. Dalam pada mencari jawapan kepada persoalan-persoalannya, mujurlah saya berjumpa dengan pengumuman di bawah yang pada saya paling tepat untuk menjelaskan kedudukan terkini CKHT di Malaysia. Kebanyakan blog-blog yang menulis berkenaan isu ini, saya dapati masih bercelaru dan terdapat beberapa percanggahan fakta...

CKHT.. pinda lagi???

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2010, keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada pelupusan harta tanah yang dipegang melebihi 5 tahun akan dikecualikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) 5%. Maka apa-apa keuntungan daripada pelupusan hartanah yang mana tempoh pegangan adalah dalam 5 tahun dari tarikh pemerolehan hartanah tersebut akan dikenakan CKHT pada kadar 5%.


Pengecualian ini melibatkan keuntungan bagi kesemua jenis hartanah termasuk saham dalam syarikat hartanah yang dilupuskan oleh semua kategori pemilik hartanah iaitu individu (warganegara, pemastautin tetap, bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap Malaysia), syarikat serta lain-lain pemilik hartanah.


Satu Perintah Pengecualian di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 akan diwartakan untuk menguatkuasakan pengecualian di atas dengan kadar segera.


Bahagian Analisa Cukai
Kementerian Kewangan

28 Disember 2009

supermoistchoccake >> Apa itu CHKT?? bagi yang kurang faham apa itu CKHT, CKHT ialah;

1. Cukai yang dikenakan oleh LHDN ke atas keuntungan yang diperolehi melalui penjualan harta tanah/aset.
2. Diperuntukkan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
3. Dikenakan ke atas keuntungan yang diperolehi daripada perbezaan harga pelupusan dengan harga perolehan

Apa itu Pelupusan dan Harga Pelupusan
- Pelupusan bermaksud tuan punya harta tanah tersebut melupuskan hartatanah tersebut samada melalui penjualan atau pemberian kepada pembeli atau penerima.
- Harga pelupusan ialah jumlah wang atau nilai sesuatu balasan yang diterima hasil pelupusan harta tanah tersebut.

Apa itu Perolehan dan Harga Perolehan
- Perolehan boleh bermaksud suatu keadaan di mana sesuatu harta tanah itu diperolehi oleh pembeli atau penerima;
-Harga perolehan bermaksud jumlah atau nilai balasan dalam bentuk wang yang dibayar atau diberi untuk memperolehi harta tanah tersebut (termasuk kos sampingan perolehan)

Peruntukan undang-undang tentang CKHT ini sentiasa berubah-ubah. Jika sebelum ini, CKHT akan dikenakan sekiranya tuanpunya aset ingin melupuskan hartanya dalam tempoh 6 tahun pertama perolehan. Undang-undang ini kemudiannya berubah (kalau tak silap saya beberapa tahun lepas) yang mana kerajaan mengumumkan bahawa semua pelupusan hartanah adalah dikecualikan daripada CKHT tanpa mengambilkira tempoh perolehan. Bagaimanapun, bajet 2010 yang dibentangkan pada Oktober tahun lepas menyaksikan bahawa pengecualian CKHT ditarik balik dan ianya dikenakan semula pada kadar tetap 5% untuk semua pelupusan hartanah (yg tidak termasuk pengecualian) tanpa mengambilkira tempoh perolehan. Terbaru, pada 24 Disember 2009, PM kita sekali lagi mengumumkan 'penstrukturan' semula CKHT pada kadar 5% hanya akan dikenakan untuk harta yang ingin dilupus dalam tempoh 5 tahun pertama perolehan....

Maknanya>> kalau skrg kita nak jual hartanah yang kita telah beli antara tahun 2005-2009, maka kita akan dikenakan cukai keatas keuntungan jualan tersebut... iaitu harga jualan - harga belian (+ kos belian) = untung >> untung akan di kenakan CKHT 5%... Implikasinya... secara langsung & tidak, akan merencatkan aktiviti jual-beli hartanah di Malaysia, sekaligus, menyumbang kepada kelembapan rangsangan ekonomi yang semakin tenat... Rasionalnya perlaksanaan CKHT terbaru ini pula ialah kerana ia dapat (sedikit-sebanyak) mengekang aktiviti2 pembeli2 hartanah yang sengaja membeli untuk tujuan menjual semula pada harga yang lebih tinggi.

bagaimana ia memberi manfaat kepada kita sebagai individu??? ekonomi yang tenat menyebabkan kelembapan yang serius kepada sektor pembinaan, kurangnya permintaan akan menyebabkan kejatuhan harga hartanah... maka inilah masa terbaik untuk membeli hartanah anda, dan bank-bank dilihat berlumba-lumba menawarkan pinjaman perumahan dengan faedah yang rendah...




No comments:

Post a Comment