Monday, January 25, 2010

Kaca Kristal berisiko penyakit

Dalam keterujaan menggayakan berbagai-bagai jenis aksesori, ramai daripada kita lupa kesan sampingannya ke atas kesihatan... 2 minggu lepas saya menonton laporannya di buletin utama, tv3, hari ni saya terjumpa dengan artikel di bawah... semoga ianya bermanfaat untuk panduan semua... thanx to Nozi... :)

KACA KRISTAL BERISIKO PENYAKIT 

Assalamualaikum,
Cantik tetapi merbahaya, itulah istilah yang diberikan untuk kaca Kristal yang saya dengar di dalam berita TV3 malam ini yang dikatakan berisiko penyakit. Terkejut juga saya mendengarnya. Ada sesetengah dari kita yang begitu minat dengan hiasan kaca Kristal. Ada yang membeli lampu Kristal, gelas, pinggan mangkuk dan bermacam-macam lagi bagi tujuan hiasan dan ada juga untuk kegunaan harian. 

Adakah anda tahu kesan kaca Kristal? Dari berita yang saya dengar baru beberapa minit tadi, kaca Kristal didapati mempunyai satu bahan merbahaya iaitu Plumbum yang terhasil ketika proses pembentukan Kristal tersebut. Plumbum ini pula mempunyai kesan yang begitu kronik dan merbahaya untuk kesihatan kita.
batu-kristal

Kaca Kristal didapati boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan. Ia boleh mengakibatkan keguguran pada kandungan. Selain itu, kaca Kristal boleh menyebabkan barah. Jika anda gunakan gelas ataupun pinggan Kristal untuk menghidangkan makanan, ia akan bertindak balas dengan Plumbum yang ada di dalam kaca Kristal tersebut. Alhamdulillah, nasib baik saya tidak ada barang Kristal di dalam rumah. 

Bagi kaum hawa, awas juga terhadap barang kemas buatan Kristal seperti gelang, rantai dan sebagainya.
Esok, TV3 akan siarkan berita mengenai kaca yang selamat digunakan pula.


Dapat dari Wikipedia : Plumbum juga merupakan neurotoksin yang sangat poten (berbahaya). Plumbum bertumpuk (terkumpul) dalam tisu-tisu lembut badan dan tulang.

>>> supermoistchoccake: menurut laporan, di UK mereka telah lama menyedari perkara ini setelah ramai pekerja di kilang-kilang kristal menghidap barah & kanser, maka kajian menyeluruh telah dijalankan untuk mengetahui puncanya. Hasilnya, pengeluar di sana telah melabelkan peratusan kandungan plumbum yang terdapat di dalam kristal keluaran mereka sebagai tanda aras dan panduan kepada pengguna.

No comments:

Post a Comment