Thursday, November 12, 2009

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan, memandangkan saya kini dalam proses berpindah...maka semua tempahan untuk supermoistchoccake terpaksa dibekukan buat sementara waktu. Bagi sesiapa yang telah membuat tempahan lengkap setakat semalam, tempahan2 tersebut akan disiapkan sebagaimana yang dijanjikan.

Pembekuan tempahan ini adalah bermula dari hari ini 12/11/2009 sehingga 10/12/2009. Tempahan akan mula diterima semula seperti biasa mulai pada 11/12/2009. :P

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Thursday, November 5, 2009

Bulan terakhir...




Bulan ini adalah bulan terakhir saya menetap di Melaka. Akhir bulan ini, insyaAllah saya akan berpindah ke negeri kelahiran saya... Negeri Sembilan. Bermakna, mulai bulan hadapan, supermoistchoccake akan memulakan pusat operasinya di Seremban pula..;). Apapun, jarak bukan penghalang. Dengan segala bentuk perhubungan dan jaringan komunikasi dan logistik yang canggih dan terkini... InsyaAllah supermoistchoccake akan sampai ke tempat anda. Yang penting, hubungi kami sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan... untuk membuat tempahan dan mengesahkan cara penghantaran pesanan anda...:)

Bagi yang tinggal di sekitar Negeri Beradat, N9... pengedar-pengedar tempatan amat-amat dialu-alukan.. Inilah peluang anda untuk menambah pendapatan sampingan. di tambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan (makan gaji) amat tinggi risikonya. Dalam keadaan ekonomi negara seperti sekarang, pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Hari ini mungkin kita mempunyai sumber pendapatan... esok lusa?

Kek frozen, masih sesuatu yang agak baru di kalangan kita. Maknanya marketnya memang masih amat luas. rata-rata yang mula-mula diperkenalkan dengan frozen supermoistchoccake ini mengutarakan soalan yang sama... 'ada ke kek frozen? boleh ke kek nak disejukbekukan? macamana nak makannya...kena panaskan semula ke??' ;))

sebenarnya kek frozen sama juga dengan produk-produk sejukbeku yang lain.... contohnya, frozen karipap, kuih donut, roti canai, kuih cucur badak, otak-otak, samosa...dan banyak lagi... prosesnya membuatnya juga sama seperti kek-kek biasa. cuma cara dan tempoh penyimpanannya lebih tahan lama daripada yang biasa... Ada pengawet??? kek-kek frozen supermoistchoccake kami sama sekali TIDAK MENGGUNAKAN sebarang PENGAWET... =)

Perlukah dipanaskan sebelum dimakan? terpulang kepada selera masing-masing. pada saya, cukup sekadar nyahbeku...dan boleh terus dimakan. memandangkan kek-kek kami di supermoistchoccake telah dimasak sepenuhnya (100%) cooked), maka re-heating bukan satu kemestian! Senang kan??? ;)

Saya masih ingat pesanan Chef Faizal Ng, semasa saya menghadiri kursus membuat produk sejukbeku di INTEKMA, Shah Alam lebih kurang 3 tahun lepas... 'antara petua bagi menghasilkan produk sejukbeku yang tahan lama ialah...sentiasa menjaga KEBERSIHAN.' Produk yang bersih cara penyediaannya akan tahan lebih lama kerana pembiakan bakteria dapat dielakkan...

Jadi, apa tunggu lagi.... cepat-cepat hubungi kami untuk MEMULAKAN PERNIAGAAN anda.

Wednesday, November 4, 2009

A story worth sharing... still!!

>> supermoistchoccake: my comments??? our child is the most precious 'amanah' that you should never neglect. sometimes we might think that what we are doing, or what we are working on is all for them. above all....(which actually they have never asked for). if we ever get a chance to ask our wonderful children, what do they want most? perhaps, the answer is...I JUST WANT YOU TO BE WITH ME...ALWAYS.