Wednesday, October 21, 2009

Minat berniaga???


Ramai yang bertanya, kenapa saya hanya buat moist choc cake? kenapa tak di pelbagaikan produk??

Jawapannya, mudah saja, kekangan masa... saya bukanlah pembuat kek sepenuh masa. ;-) membuat dan menjual supermoist choc cake ini hanyalah hobi sambilan sahaja. selain daripada membuat dan menjual kek-kek ini, saya mempunyai kerjaya tetap yang memerlukan komitmen 8 jam sehari...

Apapun, berniaga memang minat saya dari dulu...mungkin turun daripada datuk sebelah ibu??? Allahua'lam... memandangkan saya berniaga untuk suka-suka....jadi, bukan keuntungan besar yang saya kejar. paling penting...own stisfaction. rasa puas hati bila apa yang kita hasilkan menjadi...rasa puas hati bila apa yang kita hasilkan boleh dikongsikan dengan orang lain & paling penting bila orang lain pun suka dengan apa yang kita hasilkan.

Banyak pendapat yang saya dengar, production level ialah satu cabang perniagaan yang agak ketinggalan...kerja banyak, untung tak besar. lebih baik jadi orang tengah... makan untung atas angin, kerja pun lebih mudah. bagi saya, pendapat tersebut memang ada benarnya. tapi, apa pun terpulang pada individu itu sendiri. macam saya, saya memang suka berada di level 'pengeluar'. saya puas hati bila saya sendiri yang membuat produk tersebut, menjual dan memasarkannya. saya lebih yakin dan lebih confident untuk market sesuatu produk yang kita tahu 'sejarah asal usulnya'. ada juga saya cuba pasarkan produk-produk lain.... tapi, mungkin tak serasi dengan diri saya... oleh sebab itu, tak berapa menampakkan hasil.. :( tapi, ini tak bermakna produk orang lain itu tak bagus... cumanya, mungkin kurang serasi dengan cara saya... apapun, saya tetap mencuba untuk menjadi pengedar beberapa barangan direct selling, yang saya sendiri gunakan dan yakin akan keberkesanannya...

Bercerita tentang pengalaman berniaga, dah bermacam-macam perniagaan saya pernah cuba.... samada secara solo... atau bersama-sama dengan suami. ada yang ok, ada yang ko. Apa yang penting, daripada semua pengalaman tersebut, saya dan suami memang sekepala. kami berdua memang masing-masing amat suka dengan bisnes yang sempoi...yang tak banyak protokol & bukan bertaraf korporat... :) tapi, memandangkan kami berdua hanya menjadikan berniaga ini sebagai aktiviti sampingan, maka.. peluang & masa kami untuk mengembangkan minat kami ini amat-amat terbatas. Apapun, kami percaya rezeki Allah itu luas....

Sepanjang pengalaman, ramai yang saya temui menyatakan minat mereka untuk berniaga, tapi dihimpit dengan 1001 halangan. antara halangan-halangan yang biasa disuarakan seperti; tiada modal, tiada masa, malu, kurang keyakinan diri, tak tahu apa nak jual, tak tahu macamana nak jual...dan bermacam-macam lagi alasan yang dijadikan penyebab untuk menyekat keinginan mereka. Pada saya, di mana ada keinginan, di situ ada jalan. Dan halangan terbesar yang perlu dilepasi untuk mencapai kejayaan ialah diri kita sendiri... Berniaga secara kecil-kecilan tidak memerlukan modal yang besar.

Sebagai contoh, kami di supermoistchoccake sememangnya amat-amat menggalakkan mereka yang ingin menjadi pengedar frozen moist choc cake kami dengan modal serendah RM150.00 sahaja. Dengan modal serendah ini, kami di supermoistchoccake amat yakin bahawa ianya mampu dimulakan, dan InsyaAllah, boleh dikembangkan.

Apa yang penting anda mempunyai keinginan dan azam untuk berjaya. Berbekal usaha, disiplin dan tawakkal kepada Tuhan, teruskanlah langkah anda untuk merealisasikan keinginan dan azam anda itu....

Akhir kata... bagi yang minat berniaga, tapi tiada masa untuk menjadi pengeluar... ;), apa kata mulakan langkah pertama anda dalam bidang perniagaan ini dengan menjadi pengedar moist choc cake di supermoistchoccake. Hubungi saya segera.....Pn Darina @ 019-7596768. Sesungguhnya 9/10 daripada rezeki itu datangnya daripada berniaga...

Wassalam & SELAMAT MAJU JAYA DARIPADA KAMI DI SUPERMOISTCHOCCAKE...



No comments:

Post a Comment