Thursday, October 15, 2009

Pengenalan



Assalamualaikum & salam sejahtera;

Bermula dengan minat dan suka-suka, pengasas supermoistchoccake akhirnya mengembangkan hobinya untuk dikongsikan bersama penggemar-penggemar kek coklat seluruh negara. Atas permintaan yang amat menggalakkan, kami di supermoistchoccake berharap perkongsian ini dapat memberikan kepuasan dan manfaat kepada semua.

Di supermoistchoccake, kek-kek kami diadun dan dibuat di rumah. Terjamin kualiti & keasliannya. Bersih, halal & bermutu.. Kek-kek kami sesuai untuk dimakan segera, dalam keadaan masih panas atau sejuk. Juga tahan lama dan sesuai untuk disejukbekukan. kek-kek yang disejukbekukan tahan sehingga 3 bulan tanpa mengubah rupa dan rasanya.

Di supermoistchoccake, kami menyediakan & membuat kek-kek coklat lembap dalam pelbagai saiz & bentuk sesuai dengan citarasa, majlis & keperluan anda.

Kek-kek kami, amat sesuai untuk sebarang majlis, samada majlis hari lahir, majlis ulangtahun, hantaran, majlis-majlis rasmi, hari-hari istimewa dan banyak lagi…. memandangkan kek-kek kami terdapat dalam perlbagai bentuk dan bekas, maka ianya amat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja & amat mudah di makan...



No comments:

Post a Comment